Cara Semak Harga Pasaran

Harga rumah untuk dijual memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah rumah dapat dijual atau tidak. Mungkin ini dapat difahami bagi sesiapa yang pernah menjual rumah mereka.

Bagi ejen atau perunding hartanah berpengalaman, ini adalah tugas mudah kerana mereka mempunyai hubungan yang cukup baik dengan pegawai bank dan jurunilai tetapi mungkin agak sukar bagi pemilik rumah.

Ada pelbagai cara untuk mengetahui harga pasaran semasa. Antara cara mendapatkanya dengan berhubung dengan jiran-jiran sekeliling.

Biasanya pasti ada jiran yang telah menjual rumah atau membeli di kawasan setempat atau membuat pinjaman semula (refinance) rumah. Ini secara tidak langsung akan melibatkan tugas jurunilai bagi mendapatkan harga pasaran.

Bagi cara secara online pula, anda boleh rujuk iklan di internet seperti Mudah.my, Iproperty.com.my, thinkproperty.com.my atau pelbagai website yang lain. Anda boleh membuat perbandingan harga bagi rumah-rumah yang hampir sama daripada segi keluasan tanah, keluasan bangunan (build up), ubahsuai yang telah dibuat seperti kabinet dapur, plaster ceiling, sambungan bahagian dapur dan sebagainya.

Harga-harga yang ditawarkan adalah harga buka bukan harga mati bagi memberi ruang proses tawar-menawar (negotiating). Daripada harga tersebut anda boleh mendapatkan anggaran harga semasa bagi kawasan anda.

Berdasarkan pengalaman sebagai perunding hartanah, ada juga pemilik rumah yang menjual pada harga lebih rendah daripada pasaran. Ini pastikan merugikan pemilik rumah tersebut.

Ada juga yang menjual pada harga yang terlalu tinggi sehinggakan rumah tersebut tidak dapat dijual malahan tiada satu panggilan masuk bagi bertanyakan maklumat berkenaan rumah tersebut.

Apa pun sekiranya anda telah mendapatkan harga pasaran semasa, kini anda boleh membuat iklan atau mewar-warkan kepada potensi pelanggan anda.

Tetapi harus diingat, menjual rumah bukan sekadar mengetahui harga pasaran malah lebih daripada itu. Bagi sesiapa yang merancang untuk menggunakan khidmat ejen @ perunding hartanah, sila hubungi ejen-ejen di kawasan anda untuk maklumat lanjut.

Nota :

Sekiranya anda perlukan ejen hartanah, sila layari Servis Ejen Hartanah.

 

Penulis adalah Ejen Hartanah Rescom Realty dan perunding pembiayaan semula rumah (refinancing). Telah mendaftar sebagai Ejen Hartanah Percubaan (PEA) dengan Lembaga Penilai Penaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Selain itu menjadi penulis blog berkaitan industri hartanah di www.bloghartanah.com

Perlukan Ejen Hartanah?
Hubungi saya untuk khidmat nasihat atau layari www.gohartanah.com

Facebook Twitter 

after entry

after entry

Comments

  1. syafiq says

    salam.. saya nk tanya mcm mana nk tahu mrket price rumah? sebab sekrang sy nk mnjual rumah di ipoh dan xtahu brapa harga yg patut diletakkan, tq

  2. Nsuhaimi says

    Salam..saudara Zulhisham,

    Saya bercadang untuk jual rumah saya( Low cost double storey) di jalan Teratai 1/9, Taman bukit Teratai..Ampang 68000.

    Berapa kah anggaran value untuk dijual…

    terima kasih
    nsuhaimi

  3. aiman says

    Assalammualaikum,.

    Saya hendak jual rumah saya di Serendah Makmur, tapi saya tidak ada pengalaman dalam menguruskan hal jual rumah selama ini. Harga pasaran pun saya tidak mengetahuinya.

    Untuk pengetahuan , rumah tersebut tiada pengubahsuaian, saya dpt kunci dah 3 tahun, disebabkan saya telah posting kerja jadi rumah tersebut terbiar.

    Bagaimana saya hendak buat pegurusan tersebut.

    Terima kasih.

  4. farida says

    salam, saya ingin menjual rumah tapi saya tiada pengalaman , harga pasaran pun saya
    tak tahu. untuk pengetahuan saudara rumah saya apartment low cost
    lokasinya di sungai buloh , 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Boleh saudara beri pendapat/
    bantu saya . tq

  5. hasliza says

    Salam,

    saya dalam proses menjual rumah harga rm250k, berapakah legal fees yang perlu saya bayar

  6. abdul hanif johari says

    saya ada sebuah medium apartment di klang..dan saya ingin menjualnye dgn harga 65k dan saya nak tahu cara juallan nye..pasal nak beli rumah teres..tak tahu nak mulakn bagaimana?????

  7. ottilee says

    Salam,

    saya berhasrat nak menjual rumah beralamat di tmn desa PD,PD N9.
    saya berkhidmat di jabatan awam ,tahun depan saya akan bersara dan akan balik ke
    sarawak. bagaimana saya nak membuat pengurusan jualan rumah tersebut.
    sekian terima kasih…

  8. Aishah says

    Salam,,

    Saudara Zulhisham,
    Saya nak bertanya lah mcm mne nak menjual rumah dan berapa harga yg patut di letak kan pada rumah tersebut…
    Rumah apartment bawah sekeli level G rumah ini terletak dekat Puncak Alam Kuala Selangor..harap saudara dapat memberi pertolongan depada saya….

    Terima kasih..
    Aishah

  9. Hajar says

    Saya nak jual rumah saya di Kluang, Johor (rumah teres 1 tingkat, 22 x 75). Saya beli rumah tersebut dgn harga RM160k tetapi telah diberitahu bahawa harga rumah tersebut di pasaran sekarang hanya RM102k sahaja. Soalan saya:

    1) Boleh kah hal ini berlaku? (harga rumah semasa lebih rendah berbanding harga semasa beli)
    2) Sekiranya saya baru 2 tahun membeli rumah, bagaimana saya nak tahu bayaran penalti yang saya perlu bayar kepada bank sebab belum cukup 5 tahun
    3) Adakah menjadi satu kesalahan jika saya nak jual rumah tersebut sebanyak 160k (melebihi harga penilaian semasa)

    Terima kasih.

    Hajar

  10. widiyaastuti says

    assalamualaikum.. sy konfius bapa sy nak bli rumah y kami duduki sekarang dengan harga 82 k bagi rumah flat..OK ke hrge 2??,xp bpa saya bkn warganegara. sdangkan sy masih belajar, blhke bapa sy mmbli rumah dan 82 k tu ok ke hrgeny??

  11. alif says

    salam..dalam urusan jual beli rumah, sape yg sepatut ye membayar fee lawyer utk s&p n pindah milik…pembeli atau penjual..

    • says

      En Alif, kebiasaannya pembeli. Sekiranya penjual lantik peguam bagi pihak penjual, maka penjual yang akan bayar. Dalam kes ini akan ada 2 peguam iaitu peguam penjual dan peguam pembeli

  12. Aeri says

    salam En.Zul, adakah syarat melantik ejen berbeza-beza bagi setiap syarikat ejen dan boleh tuan email kan borang melantik ejen versi bahasa malaysia. terima kasih.

  13. Sity says

    salam,

    mak sy nk jual tanah sawah. tp tak tau berapa nilai tanah sekarang (berapa bank nilaikan harga tanah tersebut). mcm mana nk buat?

  14. muhammad danial simon bin abdullah says

    aslmkum..nak tanya harga rumah kat tamn mambau jaya 2..saya nak jual rumah tu..minta tolong dapat value

  15. risyal says

    Salam
    Berapa service charge yg dikenakan untuk menilai harga Rumah berukuran 20 x 65 di damansara damai PJ

    Tq

  16. mohd azani wahab says

    assalamualaikum…

    En.. saya nak jual rumah apparment saya di damansara damai,,taman harmoni.. saya nak tahu berapa harga semasa apartment tu sekarang ni… boleh tak en zul tolong saya dapatkan harga semasa apartment tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *