Suami Isteri Bercerai, Rumah dan Harta Lain Turut Bercerai

Sebagai perunding hartanah, memang banyak kes yang melibatkan kes penceraian ini. Macam-macam kisahnya. Berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul. Semoga perkara sebegini dijauhkan daripada kita semua. Amin

Disangka panas hingga ke petang,  Rupanya hujan di tengahari.

Ajal, maut, jodoh adalah ketentuanNya. Kita sebagainya hambaNya harus menerima takdirNya.

Seribu satu kisah dan antaranya :

  1. Nama rumah bekas isteri, bayaran bulan pun bekas isteri yang bayar. Tapi bekas suami dan isteri baru yang tinggal di rumah tersebut. Bekas isteri sudah dapatkan perintah mahkamah tapi masih gagal selesaikan masalah.
  2. Bekas suami dan isteri mempunyai bahagian masing dalam hak milik rumah. Bayaran bulanan pun dikongsi dengan potongan gaji. Rumah diduduki bekas suami.
  3. Rumah atas nama bekas suami dan isteri tapi pembiayaan atas nama bekas suami. Bekas suami sudah banyak tunggakan bank. Rumah mula nak dilelong bank. Bekas isteri pula risau nama akan disenaraihitam.
  4. Bekas isteri nak jual rumah, si suami tak setuju. Selang beberapa waktu, bekas suami nak jual, bekas isteri pula tak nak jual. Akhirnya sekali dapatkan perintah mahkamah dan berjaya jual rumah.
  5. Rumah atas nama bekas suami. Bekas isteri dan anak-anak tinggalkan di rumah. Si suami lantik ejen hartanah minta jualkan rumah tersebut.

Pastinya banyak lagi di luar sana. Pangilan telefon tak berangkat, mesej tidak berbalas, rumah tak dibenarkan masuk dan macam-macam lagi. Dugaan ini ditempuhi oleh ejen hartanah apabila dilantik untuk jualkan rumah.

Kenangan yang tidak dilupakan, saya bersama klien dihalau keluar dari kawasan rumah. Pada hari sebelumnya saya telah memdapatkan persetujuan bekas isteri dan bapa mertua untuk bawa klien tengok rumah. Gigil beb.

Perintah Mahkamah

Bagi yang ada masalah di atas, saya cadangkan dapatkan perintah mahkamah atau court order. Lantik lawyer supaya kes tuntutan harta sepencarian dapat diuruskan dengan baik.

Dah dapat perintah mahkamah, lantik ejen hartanah berdaftar bagi urusan mencari pembeli.

Cameron Highland
20 April 2017

Nota : Sekiranya anda ada pengalaman sendiri, boleh dikongsikan di ruang komen agar boleh menjadi panduan kepada orang lain.

About the Author Zulhisham Gohartanah

Saya adalah Perunding Hartanah yang mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun. Insyallah saya cuba menulis pengalaman dan perkongsian dari sisi pandang seorang Ejen Hartanah.

follow me on:

Leave a Comment:

Jadi Sahabat Bloghartanah Sekarang dan anda akan terima tips hartanah PERCUMA

x